Love vs Single present





Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas.Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,
tiba-tiba menjadi lembut seperti kapas.Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya.Sekeras mana pun hati lelaki,ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.(same je ngen pompuan..dua-dua manusia,ada hati jugak).Namun wanita janganlah kamu mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu...


Sekiranya kamu menyedari lelaki itu bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati,nyata kamu tidak salah memilih teman.Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara yang sebenar.Dia bukanlah jenis orang yang suka berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar.Betapa beruntungnya kamu....(ye ke???!)


Selain itu,jika lelaki itu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur,itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu.Sudah tentu dalam sebuah perhubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang.
Padanya,sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan orang yang disayangi sentiasa terhibur dan gembira.


Jika sudah sayang,macam-macam yang akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya.Begitu juga dengan lelaki itu yang selalu memikir dan risau kesudahan perhubungan kamu. Ini bermakna dia selalu memikrkan mengenai hubungan kamu dan cara untuk menyelamatkan dari berakhir begitu saja.Kalau boleh biarlah sampai ke jinjang pelamin.Barulah berbaloi.....



No comments:

Post a Comment

k0men la kat gaben0r sket