Isteri saya hilang!!


Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula,namun tidak  pulang-pulang

“Sudah berapa lama isteri encik keluar?”soal polis.

“Saya tidak pasti pula.Pagi tadi atau tengah hari kut.”

“Dia pakai baju warna apa?”

“Tak pasti la tadi.Mungkin kuning atau merah.Tak pun ungu.”

“Baiklah dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?”

“Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia,tapi kad kredit tidak pasti pula.”

Polis tersebut menggelengkan kepala.

 “Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?”

“Ya tuan,dia keluar menggunakan kereta saya,Perodua Myvi.Kereta saya tu berwarna silver,berusia empat tahun 12 disember nanti.Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit.bahagian dalam kereta saya guna minyak wangi Teddy Dream dari Lovely Lace.”

“Okey,kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik”kata polis menamatkan sesi soal siasat.

M0ral 0f de st0ri:

Adakah ada ketikanya material lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya secara detail berbanding insan yang kita sayangi?Kenalilah insan yang dekat dengan anda.Mengenali untuk menyayangi bukan untuk mencari benci...

No comments:

Post a Comment

k0men la kat gaben0r sket