SahabaT,CinTa,RabB


Diam,
Sunyi, sepi,
Dalam kegelapan ku lihat tiada cahaya,
Menggapai angin malam yg sejuk dingin,
Aku keseorangan,
Menangis menitis airmata beku,
Bagai tiada siapa peduli,
Ku masih berteleku di situ,
Tapi tiada siapa.. kosong.



Diam,
Sunyi, sepi,
Tetap begitu,
Buta mata, buta hati,
Tiada senyuman terukir di bibir,
Tiada ilmu terpahat di dada,
Tiada sayang menerpa di jiwa,
Bagai jasad tiada rohnya,
Begitu aku,
Biar apa di nanti,
Siapaku untuk mentafsir.


Diam,
Sunyi, sepi,
Aku masih kaku,
Dalam diam,
Sayup-sayup namaku,
Dipanggil syahdu,
Hangat mula terasa di jari jemariku,
Lantas ku toleh,
Seluruh dekat ku terasa bernyawa,
Ku rentap sentuhan itu,
Setelah terpampang suatu wajah,
Seorang yang bergelar lelaki.


Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Salam dihulur, persahabatan di minta,
Kusambut mesra,
Hariku berseri,
Hidupku bermakna,
Alhamdulillah kupanjat kesyukuran,
Anugerah seorang insan,
Bernama sahabat.


Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Berteman sahabat,
Tanpa kusedari cinta terpatri,
Bermunajat ku pada Ilahi,
Apakah semua ini,
Setakat khayalan atau hakiki.


Diam,
Sunyi, sepi,
Menerjah kembali,
Kala aku berteleku kepada-Mu,
Meminta petunjuk,
Kepada suatu keputusan,
Kepastian menjelma,
Untukmu sahabat,
Maaf ku pinta,
Aku belum bersedia,
Pada cinta yg sementara cuma,
Cintaku kini hanya pada ya-Rabbi,
Penciptaku yang Esa,
Yang memberi anugerah,
Mengenal erti Cinta dan Sahabat,
Terima kasih Ya-Rabb.

Antara sahabat, cinta dan Rabb,
kecintaanku kini hanya Pada-Mu.

Doa Seorang Kekasih



JANGAN DICARI CINTA MANUSIA,

IA PENUH DENGAN PENIPUAN,

KEKECEWAAN,

DAN TIDAK AKAN PERNAH KEKAL,

TAPI CARILAH CINTA ALLAH..

TIADA PENIPUAN,

TIADA KESEDIHAN,

TIDAK AKAN PERNAH MENGECEWAKAN,

ITULAH CINTA ABADI,

CINTA YANG DIREDHAI...

ITULAH KITA


Awan tak selalunye cerah,laut bukannye selalu tenang,bumi mane tak ditimpa hujan. Skrip hidup kita, kadang-kadang tidak seperti kita harapkan.
       Kita sering kali ditimpa perasaan kecewa. kecewa kerana sesuatu telah terlepas dari genggaman tangan,keinginana yang tidak kesampaian,kenyataan yang tidak dapat diterima.
       Akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang menganggu jiwa dan perasaan.hidup ini ibarat sebuah belantaratempatkita mengejar segala keinginan
      Sememangnye manusia dicipta allah mempunyai kehendak dan keinginan. Namun tidak semua yang kita hendak akan menjadi kenyataan.
      Bukan perkara mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu ditangisi.
     Ramai orang tidak sedar bahawa hidup ini tidak selalu Berjaya dan bahagia. Kadang-kadang kita diatas , kadang-kadang kita dibawah. Tidak mewarna lah hidup kita jika tidak ada pahit jerih.
     Berapa orang yang memperoleh apa yang dihajati tetapi lupa bahawa semuanya itu adalah pemberian daripada allah yang maha pemurah.kejayaanitu menyebabakan mereka menjadi sombongdanbertindak mengikut hawa nafsu
    Begitu juga kegagalan kita dihadapinya dengan tenang dan sabar sedandkan dimensi tauhid dari pada kegagalan ituialahtidak tercapainya apa yang  memang bukan milik kita