Nak share tentang KEKASIH aku ni..
(aku type huruf besar tu sebab aku memang sayang kuasa million-million kat Dia)
Betul ni,tak tipu punya lah! Pure cintalah nak dikategorikan tu.Apa taknya,masa aku susah mintak tolong je dengan Dia.Sure Dia tolong punya.Bila aku rasa susah hati,boleh terus mengadu kat Dia direct.Bila aku mengadu kat Dia terasa peace je..for sure la,KEKASIh kan?
Ishh..memang beruntung betul la dapat KEKASIH macam ni.Tak pernah dan tak pernah sakitkan hati aku pun.Pastu,bila-bila masa je boleh contact Dia.Yang seronoknya,sebab betul-betul rasa Dia dekat je kat hati aku ni..Ye la..Cinta punya pasal kan??..bak kata pepatah,tidur tak basah,makan tak lena,mandi tak kenyang..everything rasa macam tak kena je...
Dia tak kisah pun kalau aku tak ingat kat Dia,tapi memang rugi lah aku.sebab kalau aku ingat and selalu contact Dia,sure macam-macam lah aku dapat.Tak kira lah marerial ke,spiritual ke,emm..memamg kekasih sejati lah tu!..aku akan pastikan connection aku always line clear..tak nak la sekat-sekat ni,tak bes la
Bila aku rindu je kat Dia,baca je surat-surat yang Dia bagi tu..memang sure rasa lega..fuhh..Sebelum ni aku pernah frust gak. Memang sedih gile la masa tu.Yela,cinta bagai nak rak,tiba-tiba clash gitu je
Tapi KEKASIH aku ni lain.Dia tak kisah pun dengan cinta aku yang frust tu.Siap bagi semangat lagi..Dia tak jealous pun.Aku je yang jealous ngan Dia sebab ramai gak yang jatuh cinta ngan Dia.So,aku kenalah usaha betul-betul.Orang putih kata,’what you give you get back’..So,kalau aku usaha lebih sikit,dapat lebih la kan??..
Kekaih aku ni baik sangat-sangat.PERFECT!!
Tu yang kadang-kadang tengah malam pukul 3 ,4 pagi pun,kalau aku terjaga,sure punyalah aku akan contact Dia..Rindulah!.Asyik teringat Dia je setiap masa..
Sebenarnya Kekasih aku ni billionaire,millionaire,ntah apa-apa –aire lagi lah.tak terkata kayanya.Tu yang pemurah sangat tu.Semua keperluan hidup aku,Dia yang support.Caya tak? Believe me,its true.Free of charge pulak tu.Tapi aku tak sedap hati la sebab kita kena hargai apa-apa yang yang orang bagi kan? Barulah bersyukur dan berterima kasih.So,aku kenalah guna apa yang Dia beri sebaik mungkin..
Mak aku kata,kalu orang bagi sesuatu,ambik je la.Pastu pandai-pandai nak hargai dan membalas budi.Yelah,orang member kita merasa,orang berbudi kita berbahasa.Tak gitu?
Tu yang buat aku sanggup berkorban apa-apa je untuk Dia..Cheewahh!
Dia pesan kat aku belajar sungguh-sungguh,kuasai sebanyak ilmu yang boleh.Maklumlah,Kekasih aku ni maha bijak+genius+cerdik...etc
So,aku kenalah penuhi permintaan Dia tu..Dia kata,tanpa ilmu,setiap benda@amal@kerja yang aku buat semua akan jadi sia-sia je..Sebab tu la Dia semakin saying kat aku kalau aku rajin belajar.Rasa makin dekat je dengan Dia..
Aku pun malu nak cakap banyak-banyak lagi.Ermm...sebenarnya aku belum pernah jumpa Dia lagi.Aku belum bersedia lagi,tapi Kekasih aku ni dah janji,suatu hari nanti mesti jumpa jugak la..Sekarang,menghitung hari la aku ni..Kecut perut aku dibuatnya..So,aku kena prepare awal-awal.
Daripada surat Dia bagi tu,aku tau la apa yang Dia suka ngan apa yang Dia tak suka.Mestilah aku nak buat apa yang Dia suka..Nanti bertambah-tambah la kasih saying Dia kat aku kan??..Tak pe la,kena berkorban sekarang sebab Dia dah janji,sapa-sapa yang Dia saying,Dia bagi hadiah special yang orang tak pernah terfikir pun..Ishh,rindu sangat-sangat dah ni!!!.
KEKASIHKU,AKU BERJANJI AKAN KU PERTAHANKAN CINTA SUCI INI.SEKIRANYA NYAWA DIPERLUKAN UNTUK MEMBUKTIKAN CINTA KI INI,AKAN KU KORBANKAN..KEKASIHKU,WALAU TIDAK PERNAH BERSUA,KU TETAP BAHAGIA....